Thursday, October 11, 2012

16. Addicted with ..

Assalamualaikum dan salam salam * ada ke?
setelah sekian lama menyepi , dengan keje rumah yang berlambak,oh tidak saya bukan student with buku and all those thing okeh?saya dah berumur 18 tahun dengan memegang gelaran penggagur dirumah dan bellom mendapat apa-apa offer dari mana-mana IPTA,IPTS melambak but saya still sayangkan masa depan saya dari dihimpit hutang dengan PTPTN.noktah disitu tapi bukan itu yang mahu diceritakan but !

IM NOW ADDICTED WITH SONG FROM INGRID MICHAELSON . .

nampak tak permainan nya disitu,oh tidak ! boleh dikatakan before tidur mesti nak dengar lagu dia dulu baru boleh tidur,kalau tak dengar tak boleh tidur *sangap sungguh aku ini .lagilagi dengar lagu YOU and I .
sebab nanti boleh mimpi macam dalam lagu tu,nampak tak permainan nya disitu ? :)
my friend ada tanya , lagu underground mana kau dengar tu atyn?i will said :aku ada bukak blog sorang ni then dia ada tulis pasal lagu tu terus aku bukak youtube then terus addicted until now.
kalau nak tau pasal minah ni pergi wikipedia tau sebab saya malas nak describe pasal dia.

bukan lagu dia je aku suka tapi banyak juga lah lagu yang sekarang always diputarkan dilappy ku ini tapi yang pastinya bukan lagu terhangat dipasaran sebab aku tak suka lagu baru yang kebanyakan tak best,tapi lagu yang aku dengar ni lain dari yang lain.antaranya:
1)hey they delilah
2)pretty boy
3)you and i
4)the way i am -ingrid michaelson
5)semua lagu backstreetboy
6)semua lagu westlife
7)lagu KRU yang rentak slow ala-ala westlife
8)NICO seangkatan dengan KRU
9)dan lagu yang comel2

mesti nak tanya kenapa yang comel2 sebab rentak dia slow but rancak?bagaimanakah?dengar laa lagu yang di atas.kenapa bukan k-pop dear?sorry aku tak suka lagu yang aku tak faham,macam korea kau ingat aku faham ke apa yang dinyayikan,sorry satu hape pon aku tak faham lainla cerita korea takpe sebab ada subtittle :)

so aku rasa aku patut dilahirkan masa era 1985 sebab degar lagu yang lame gila nih :)
so far kawan aku kata aku old school gila dengar lagu yang bukan lahir pada zaman dorang.aku lagu jefry din pon layan juga,p.ramlee lagi layan.elvis pesley on juga.that why they said im so weird,takpelah lagu terbaru yang kat radio tak masuk piawaian menjadi lagu untuk tatapan hawa telinga anak bongsu Pakcik Alwi nih.rancak sangat and menambahkan strees yang berada dikepala apabila dorang kata : bila sambung belajar?sorry i dont have the answer.sorry :( but kalau sampai bulan 12 takde panggilan i will sambung belajar with course pastry :) oh tidak ,dammit ! happy gila kot..doakan nye :)

Sunday, September 23, 2012

15 .AKHIRNYA JUMPA PON !!

Assalamualaikum *saya orang islam okeh,that make it clear?


uhuk,uhuk,touche !
setelah sekian mencari novel ini akhirnya jumpa juga.tak sangka sekarang novel ini menjadi salah satu koleksi peribadi,terasa macam nak puasa pulak*eh!ada kene mengena ke?

novel apakah?Semestinya novel VALENTINA NERVOSA dan penulisnya ialah Nurul Syahida.writer yang tak akan menulis cerita cinta yang klise lagi pon aku bukannnya perempuan yang klise .aku gadis yang tak suka ikut rules.yang tak suka teddy bear,bunga and bende-bende yang klise.agak kelakar tiba- selit pasal aku*maaf emo pulak .

novel nie bukannya tak pernah jumpa tapi setiap kali nak beli mesti duit kering,biasalaa kak oiii,student bukannya duit berkepuk macam orang dah keje tu.lagipon takut nak beli novel-novel ni masa study,takut mak marah(mak bagi duit bukan nak suruh kau beli novel!)
im soo badly scared with my mom sebab dia garang woo.kalau dia marah dia akan jadi hulk versi perempuan yang berwarna merah.kenapa merah sebab mak saya macam cina,kalau marah muka dia akan warna merah.pelik anak gelap tapi mak putih*masa kat klinik dulu mak salah amek anak kot?

okeh kembali kepada tajuk asal,about novels.aku sememang nya addicted with buku especially novel laa sayang.tapi yang peliknya tak suka kisah cinta yang klise,macam watak hero yang terkejar2 perempuan dalam cerita tu,kahwin paksa and finally sayang juga or lelaki kaya with perempuan miskin.seriously,klise laa minah.that why my friend always said aku ni budak luar alam atau takde perasaan*ingat aku makhluk asing ke?

kenapakah tak suka klise sebab klise really annoying and jerk*emo tiba-tiba.
klise bagi definisi hidup aku ialah bende yang sangat biasa yang kita nampak,berlaku atau terdengar.macam boyfie bagi hadiah kat gilfie bunga and teddy bear.nak je bagi hukum bagi teddy bear tu dosa*fatwa apa kau bagi ni atyn oiii.

pasal novel valentina nevosa ni memang best sebab kita memang takkan dapat jangka ending dia kecuali kita baca last bab dia dulu,seriously novel ni buat hati ai berdebar-debar sebab apa yang ai pikir semua tak jadi sampai laa diakhir pembacaan.semua ramalan yang kita pikir tak jadi kenyataan.i always think that Emai happy ending with watak hero kedua tu.Tapi tak jadi pon,geram seyh.

cerita yang santai even bahasanya terpaksa aku repeat baca berulang kali dan kadang terlalu hiperbola masa dia bayangkan kesedihan Emai,macam tak masuk akal.3 tahun bersedeh gila kau,kalau ikutkan mesti watak Emai dah jadi macam Kassim Selamat cuma dia takde scene amek garfu cucuk mata je.
even macam tu pon ai still rasa cerita ni best sangat,tapi tak boleh nak kalahkan first novel dia 'Soalnya Hati' yang masih terkesan watak Zul and Sofi*selalu mimpi ai jadi Zul dan jadi kekasih Sofi :D

REVIEW VALENTINA NERVOSA :

1.cerita nya memang best habis sebab penulisnya NURUL SYAHIDA penulis buku Soalnya Hati,Plain Jane,Akukan Novelis dan Valentina Nervosa.
tak kenal?sememangnyaa koraang sangat2laa tak UPTODATE !

2.cerita ada unsurunsur suspen and pembaca takkan dapat terfikir apa akan terjadi selepas itu*means korang punya ramalan takkan penah terjadi.

3.ceritaa yang santai sangat*untuk korang yang malas berfikir.

4.watak yang tidak dia gambarkan secara hiperbola macam lelaki yang terlalu kaya with hansome look and with BMW car.

5.cerita yang mementingkan kekeluargaan dan setia kawan yang penting takde unsur kemaksiatan disitu.lebih kepada tipikal gadis muslimah*sayalaa tu

6.boleh membuatkan kita membenci bende yang klise*dari dulu tak suka.

7.boleh menjimatkan tenaga elektrik sebab korang stuck with that book at you hand*fokus,fokus,fokus!

8.boleh menyebabkan korang melekat atas katil or kerusi seperti telah diletakkan gam GAJAH*jangan tinggal solat.

9.duit akan terbang kerana semata-mata nak beli novel ni*sudah semestinya :D

so korang jangan ketinggalan membaca buku ni sambil2 tu ai nak cari buku Plain Jane dan menunggu karya seterusnya dari Nurul Syahida yang lebih gempak dari Soalnya Hati.NOKTAH.
Babai..

Wednesday, September 12, 2012

14.CARA-CARA NAK KURUS .

Assalamalaikum!!kepada semua rakan-rakan dan taulan :)
sepertinya tajuk diatas ceritanya di adaptasi dari cerita me and CIK YAM . .

click picture untuk lihat lebih jelas .

cik yam ada tanya me :atyn ,aku nak kurus macam kau,macam mana eik?
so kepada kepada yang nak kurus macam saya memang tak dapat laa sebabnya saya kurus secara genetik.
orang cakap makan siang malam,then tidur memang takkan gemuk sebab tahap metabolisme kami tinggi , setinggi ,tinggi kami :D so disebabkan itu kami kami ini semua yang kurus-kurus ini digelar 'Perut Tong' sebab kami boleh makan tanpa risau akan berat kami yang akan bertambah.
tapi bagi kami yang kurus ini tak suka digelar "KEPENG" ayat sensitif kot .kawan aku kalau panggil macam tu boleh menyebabkan pergaduhan , atau lebih teruk lagi putus kawan ,but Alhamdulillah , kawan aku takde panggil aku macam tu ,kalau ada pon masa mood aku okeh and takde feeling nak marah-marah :)
so punya laa panjang mukadimahnya,part seterusnya baru bagi cara-cara nak kurus ikut petua "PUAN ROSNI" so baca sehingga penamat okeh :)

CARA-CARA NAK KURUS MENGIKUT PETUA PUAN ROSNI..

1. Jangan pikir tentang nak kurus,itulah penyebat otak kita dah buat setmind yang kita susah nak kurus.
2. Jangan halang nafsu makan anda , maksud nya kalau nak makan,makan je laa..
3. Jangan berat tulang , so rajin2kanlah dirimu menolong parents mu okeh :)
4. banyak minum air kosong .kalau boleh jangan minum air sejuk..
5. Jangan makan makanan yang diletak perencah macam ajinamoto,pasti sedap dan sebagainya..
6. Kurangkan tidur tapi tidur malam wajibla,jangan laa bila malam korang jadi burung hantu macam buat super saver with "bf or gf' kan dah ganggu waktu tidur berkualiti anda.
7. Bangun kalau boleh sebelum "SUBUH" then mandi sebab secara saintifiknya mandi pagi before subuh boleh menyihatkan tulang menulang kita,dan boleh menyusutkan badan kita dan boleh mengurangkan pengedutan diwajah.so sesiapa yang nak jaga muka tak mau edut-kedut tu bolehla bangun pagi nya..
8. Jangan tidur selepas "SUBUH" sebab korang boleh manfaatkan pergi berjoging ke , kata nak kuruskan . kalau yang student tu boleh ulangkaji ke , baca buku ke ,hafal surah Al-mulk ke?

Petua-petua nie memang bagus , sebab dah ada orang cuba and berat dia memang turun . siapakah orang nya semestinya ibuku . disebabkan kami adikberadik ikut genetik belah apak so kami kurusla.ibuku masa mudamudi orang panggil dia "MAKMOK" so dia cuba bagai2 petua nak kurus , so bila dia dah give up tak mau diet-diet bagai dia cuba cara ini,Alhamdulillah kawan-kawan ibu semua cakap ibu dah kurus..so korang yang nak menguruskan badan boleh laa cuba okeh :) I'Allah ada perubahan ..
Sekian Assalamualaikum :)

Sunday, September 2, 2012

13.HANGOUT AGAIN.

Assalamualaikum,ada pembaca tak?takde?takpe saya baca balik apa yang saya tulis ni :D
seperti tajuk diatas saya baru lepas balik dari keluar dengan geng PLKN saya..seriusly sangat seronok,tapi kalau dah ramai dan dijamakkan ia menjadi beronokronok,hahahaha..

permulaannya bangun seawal yang mungkin,solat dan lakukan kerja pembersihan rumah sebab takut mak tarik peluang pembebasan ku sebab rumah tak kemas..gosok baju sebab rancangan awalnya kami sepatutnya gerak pukul 9 then Izzah said : atyn mintak maaf delay our apoiment pukul 9 lebih.aku pon okeh je..bukak lappy dulu..tengok apa yang patut kat fb,buka youtube sebab nak tengok mat luffi and i said :pergh!hensem siot,hahaha..
start gerak pada pukul 10.00,hantar mesej kat Izzah,Atyn: awak saya dah sampai bustop sekolah dah nie .Izzah:eheheheheheh masuk rumah balik,sebab Izzah tak siap lagi nih..WHATT!! tak siap?memang i should said JANJI MELAYU ! geram kot dan satu jam kemudian baru sampai sambil menunjukkan lesung pipitnya.
nasib baik mak Izzah hantar kami sampai terminal seremban , dan kawan lain dah sampai dulu , naik bus pergi ke Seremban 2 .dah naik bus driver pulak takde,dasar makan gaji buta betul driver nih,nasib baik driver pasang aircond.kala tak cair makeup mak tau nyah,hahaha.so ni pic kami masa dalam bus :D

with Izzah <3

mak datok,tunggu bus tu taknak lama pulakkan..pergh mencabar iman gadisgadis muslimah macam kami ni betul laa,nasib baik laa Jay yang baik,lagi prihatin jemput kami di terminal 1*ayat ambil hati :)
siapa Jay?alah Jay a.k.a Jayjay or Jay-Z or kadang2 aku panggil abang,kadangkadang okeh,bukan selalu..
OMA,what!! Jay bawa PEUGOT kau , okeh memang gayat sebab tak penah naik manamana kereta jenama tu yang buat lebih excited sebab Jay bawak and kereta tu kereta baru.pergh,i cant believe it.hari dalam sejarah betul :) uhuk uhuk ^^

sampai jusco kami jumpa Rashid and straight pergi KFC sebab lapar , masa dalam kete siap bagi green light lagi kat Jay suruh bawak lajulaju sebab lapar gila kerana tak breakfast and tunggu Izzah lama sangat,yeah penantian itu merupakan satu penyeksaan dan LAPARR !!

borakborak macam kami ada share kat KFC tu dan terus borak sampai laa masuk waktu zohor..solat jap and pergi POPULAR,popular you,orang popular je noleh masuk tak,hahaha.beli hadiah untuk Izzah even besday dia lambat lagi sebab masingmasing sibuk takut susah nak jumpa lagi..

lepas tu masuk kawasan yang sangat bising iaitu tempat game,bising gila lagipon haritu weekend kot.mestilah ramai orang.kat situlah kami jumpa Barney and friend,hahaha.taklah tipu je kami jumpa bunnie with her girlfriend iaitu kawan PLKN kami juga Qayyum.pertemuan tak terduga kot.happy gila..so tengok gambar bila kami bersama :)


Syeera,me and Izzah <3

Syeera , me and Izzah again <3 awww..

awww so sweet Bennie and Syeera couple paling hot diabad ini kalah awal and scha :D

jejaka perasan? Bannie , Qayyum , Rashid and Jay . .
  
bila dah jumpa macam macam kami buat,main sky hockey laa,game tembaktembak laa.tak boleh blaa game tembaktembak menyebabkan terkeluarnya perangai brutal me and Izzah.ganas gila,hahahaha..
sambil menunggu NUNU yang entah bila akan sampai., kami pon pergi laa kiosk kiosk yang dekat2 kat situ,lepas tu kami beli gelang persahabatan.sebijik macam kanakkanak rebina dan kurang matang.kami beli 3 untuk Izzah,Nunu and me .soo cute 

NIA <3 tak rasa ke kami ni sangat comel , maaf tangan NUNU takde dalam ni , harap maklum.

sesudah itu ingat nak main bowling kat jusco je tapi akibat bising yang amat dan ketidak tenteraman hati kami sebab NUNU tak sampai lagi kami amek keputusan tok tukar vanue dekat seremmban parade dan sekali lagi kami naik kereta Jay,yeah !!!! dalam kereta bagi hadiah besday Jay sebab dia bulan yang sama with Izzah , disebabkan hari sabtu so hari no plastk bag,saya pon bagi jayyid terang2 gitu tanpa plastik bag and tanpa membuang price tag ,sebab kelam kabut gila cari hadiah dia kerana nak kejar pergi seremban parade and disebabkan badan Jay yang terlalu halus menyukarkan kami nak cari saiz dia .geram kot badan dia lagi kecik dari badan aku,jeles gila..

dan akhirnya kami sampai dengan selamat diseremban 2, Rashid naik motor disebabkan itu dicepat sampai..
booking line and pakai kasut and THE GAME BEGGIN NOW !!!
okeh,seriusly memang hancus gila kalau aku main bowling,sebab aku takde mood *cover yang sebenarnya tak pandai main,hahaha
masa yang telah tiba,NUNU sudah muncul di terminal 1,dan perlu mengambil beberapa tapak untuk sampai kepelukan kami,sangat gramatis ayat kuh..krinkrinkrin,telefon berbunyi: Assalamualaikum Atyn,ni kita ni , NUNU ,kita terpaksa balik sekarang,ayah kita tengah ontheway dah,sorry sangatsangat tau. Me: ala NUNU jangan laa buat lawak yang sememang nya tak kelakar. NUNU: betul atyn,kita tak tipu,so sorry . Me: hurm,takpelah dah takde rezeki.nak buat macam mana kan,okehla Assalamualaikum.sedeh nya NUNU tak dapat join,rasa macam tak lengkap gabungan kami.hish =='

begitulah ceritanya,yang akhirnya aku balik tanpa jumpa NUNU,jadilah event HANGOUT AGAIN WITHOUT NUNU ,mcam tak caya je . okeh laa tangan pon dah penat menaip so kita jumpa lagi I'Allah dalam post yang akan datang HANGOUT AGAIN FULLY COMPLETE,yeah!!tak sabar,weeeeee ^^
Assalamualaikum *tak semestinya kita rancang akan menjadi sebab Allah is a good PLANNER TO US :)

Wednesday, August 29, 2012

12.MASIH BELUM LAMBATKAN :)

Assalamualaikum,kepada saudara saudari cikebomcikobom ,putihputih macam Alibaba :D
setelah sekian lama tidak men"update" blog yang kusam lagi sangat laa berdebu akhirnya baru nak update pasal raya..masih belum terlambat kan?Alah rayakan sebulan so baru hari ini diberi kesempatan nak update blog..ini kerana beraya sakan?raya sakan ke?memang tak laa majority lepak rumah je sebab malas gila..lagi pon dah meningkat remaja,dah tau orang takkan bagi duit raya :D Eh takdelah,sebab parents ku ada business lain yang nak diuruskan,al-maklum laa ahli perniagaan kan.Cceewah,macam gempak gila je perkataan 'ahli perniagaan'tu . .
so disini adalah diselitkan gambar raya , ada satu keping je nak tunjuk . yang lain tengok kat fb okeh :)

akhirnya yang tinggal kami ber'empat sahaja,daripada 6 adek beradik =='

yang peach itu saya,cute kan :D cepat cakap saya memang cute,paksa nih ^^ inilah raya TEERBAAIIK KAMI ! oleh itu sampai disini sahaja cerita saya. 
Assalamualaikum :D *raya anda bagaimana?

Sunday, August 12, 2012

11.Iftar

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم , Assalamualaikum..
agak kekok nak menaip akibat dah lama meninggalkan blog agak lama.
straight to the point,semalam keluar berbuka puasa with ma Sista,tunang dia,kawan tunang dia and with me..
sampai2 terus pesan makanan laa kan..nak dijadikan cerita kami berbuka kawasan Seremban,so bukak puasa awal sikit dari Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengan nya..
okeh masa tu memang dah buka puasa pon,tapi kita orang takut2 sebab kat tvkan ikut time KL..
tapi kami buat selamba peace kita orang baca doa then terus makan,orang lain yang ada kat situ tengok kita orang pelik je,yela dorang tunggu tv azan dulu,tapi kami pakai jam so pukul 7.25 terus ngap je..
masa kami makan depa dok tengok kami,terasa macam artis pon ada gak,malu toksah nak cakap la.tapi kami nie baik,tak baik lambat2kan berbuka puasa kankankan? :D
kita orang dah separuh makan baru dorang makan sebab kat tv baru azan..agak kelakar juga laa..
then kita orang sembahyang magrib,sembahyang magrib lagi satu.ingat nak sembahyang magrib kat Giant Senawang tu,sekali tengok,mak Aiii.pack siot..tengok jam balik,terus naik kete terus cari masjid kat kawasan taman Rasa Sayang .masa dah sampai pon macam havoc je,kawan tunang my sista tu bawa pusing2 dalam kawasan masjid pulak,kami dah gelak sakan dah dalam kereta,even kawasan masjid tu lenganglengang :D
turun tu terus lari ambil wudhu sebab waktu magrib nak dekat habis dah..masuk2 terus solat then tunggu azan Isyak,makcik makcik kat situ tengok kami pelik je,nyelah minah rock macam me and my sista masuk masjid,dah laa pakai seluar jeans.memang macam kurang sopan laa kami,tapi naseb baik kami pakai baju alaala muslimah it mean alaala ayu gitu , so termasuk piawaian masjid :D
agak kelakar juga laa for my pengalaman.agak happening juga,bukan pening okeh :)
maybe ni pengalaman yang tak akan dilupakan..

Monday, August 6, 2012

10.bulan puasa

assalamualaikum..
fuh berhabuk dah blog nie,nie nak bersihkan sawang2 yang ada nie..btw sihat tak korang?tak sihat?tak sihat jangan makan ubat,nanti batal puasa okeh :)
for this entry i just wanna wish

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :D

masih belum terlambat bukan ..kesebukkan menyebabkan tiada masa tok meng'online..
terasa masa berlalu dengan pantas,rindu nya..okeh bye sebab tak tau nak tulis apa dah..otak karat..

ps:jangan ponteng puasa and memperbanyakkan amalan masa bulan Ramadhan nie :)